top of page

Join the Club

Join our email list and get access to specials deals exclusive to our subscribers.

Thanks for submitting!

There's always something going on here at Natasha  & Co. Be sure to check back often to read about our personal and professional endeavors.

Bolehkan anda menjual sebahagian dari tanah anda?


Adakah anda pemilik tanah?atau dusun serta tanah pertanian? Boleh kah anda menjual sebahagian daripada tanah anda? Tulisan kali ini ada untuk membincangkan bolehkah sebahagian tanah di jual kepada pihak lain.


Seperti kita sedia maklum, di kala kegawatan ekonomi sekarang ini, mungkin ini adalah masa yang sesuai untuk kita mencairkan sebahagian daripada tanah kepunyaan kita. Namun adakah cara ini sah di sisi undang-undang? Mungkin untuk setengah pihak, lebih baik jual tanah tersebut secara keseluruhan agar urusan lebih mudah, namun sebenarnya kita masih mempunyai cara lain agar kita masih lagi memiliki tanah tersebut tanpa perlu jual secara keseluruhannya.



Hmm macam mana ya cara?? Ok jom kita ulas satu situasi di bawah :


" Pn Leha memiliki sebidang tanah seluas satu hektar. Namun atas sebab-sebab tertentu, Pn Leha memerlukan sejumlah wang untuk menyelesaikan beberapa masalah. Tetapi Pn Leha tidak mahu menjual seluruh tanah beliau. Beliau hanya mahu menjual sebanyak 1 ekar sahaja berjumlah RM15,000. Selepas beberapa hari iklan tersebut disiarkan, En Matthew terjumpa iklan tersebut dan bersetuju untuk membeli sebahagian tanah Pn Leha. En Matthew telah pun membayar sebanyak RM3000 sebagai deposit bagi tanah tersebut".


Ok, faham kan situasi di atas? Adakah terdapat undang-undang atau apakah perkara yang perlu dilakukan oleh Pn Leha dan En Matthew agar urusan tersebut dapat diselesaikan dan hak-hak kedua-dua pihak dilindungi oleh undang-undang.


Bagi kes sebegini, jualan bagi hartanah ini sah selagi mana kedua2 pihak memasuki mematuhi terma dan syarat yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Bagi penjualan yang mempunyi peringkat-peringkat pembayaran, dinasihatkan untuk menandatangani perjanjian jual beli yang akan mengikat kedua-dua pihak di dalam perjanjian tersebut. Bagi jenis penjualan hartanah yang sebegini, kedua- dua pihak perlu dilindungi di sepanjang proses penjualan hartanah tersebut berlangsung. Wang ansuran yang di bayar oleh pembeli haruslah selesai terlebih dahulu sebelum pindahmilik ke atas namanya dibuat. Bagi pihak pembeli pula, beliau boleh memasukkan suatu kaveat persendirian ke hartanah tersebut bagi melindungi haknya sebagai pembeli kepada hartanah tersebut.


Semoga perkongsian kali ini bermanfaat bagi anda. Jika anda masih tidak jelas atau berada di situasi ini, anda boleh berhubung dengan pihak kami di Natasha & Co dan kami amat gembira untuk membantu anda.

Featured Posts
Recent Posts
bottom of page