top of page

Join the Club

Join our email list and get access to specials deals exclusive to our subscribers.

Thanks for submitting!

There's always something going on here at Natasha  & Co. Be sure to check back often to read about our personal and professional endeavors.

Selalu dengar pasal saman?

Selalu kita dengar pasal saman menyaman kan? Namun tahukah anda prosedur yang betul untuk kita mulakan saman?





Sebelum memulakan saman, sesetengah kes mempunyai had masa tertentu. Sebagai contoh, kes pecah kontrak mempunyai had masa selama enam (6) tahun sahaja. Maka, pihak yang ingin menuntut daripada kontrak tersebut perlu memulakan saman dalam jangka masa 6 tahun. Selepas 6 tahun, pihak tersebut tidak lagi mempunyai hak untuk menuntut atau menyaman pihak satu lagi.


Saman boleh dimulakan dengan pelbagai cara. Namun, kebiasaannya saman dimulakan dengan Writ Saman, Saman Pemula, atau Petisyen bergantung kepada jenis kes. Dokumen-dokumen ini merupakan asas kepada tuntutan yang ingin dibuat. Maka, adalah penting untuk pihak yang ingin menuntut agar menyediakan segala dokumen penting dan relevan supaya peguam boleh membentuk suatu Saman yang kukuh.





Dari sudut kos pula, secara amnya, pihak yang gagal dalam tuntutannya atau gagal mempertahankan kesnya atau dalam bahasa mudah “kalah kes” perlu menanggung kos yang dituntut dalam sesuatu kes. Namun, kos-kos ini kebiasaannya bergantung kepada Mahkamah untuk menentukannya. Peguam memainkan peranan yang penting untuk memberi justifikasi atau hujahan yang mantap kepada Mahkamah agar kos ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang kalah kes.


Akhir sekali, amat penting untuk mempertimbangkan masa yang diperlukan bagi sesuatu kes berjalan di Mahkamah. Setiap kes adalah berbeza tahap kerumitannya kerana sesetengah kes tidak memakan masa yang lama atas sebab ia merupakan “straight forward” kes. Namun, bagi kes yang lebih rumit di mana terdapat banyak isu yang perlu dihujahkan di Mahkamah, ia boleh memakan masa selama beberapa tahun.


Natasha & Co

Advocates & Solicitors I Peguambela & Peguamcara

☎️ 03-41076216

✉️ admin@natasha-co.com

🌐 https://www.natasha-co.com/


Featured Posts
Recent Posts
bottom of page