top of page

Join the Club

Join our email list and get access to specials deals exclusive to our subscribers.

Thanks for submitting!

There's always something going on here at Natasha  & Co. Be sure to check back often to read about our personal and professional endeavors.

Kecuaian Perubatan

Kecuaian perubatan atau medical negligence merupakan satu cabang undang-undang yang melibatkan tuntutan mangsa/pesakit terhadap pusat kesihatan (hospital) dan pengkhidmatnya (doktor, jururawat dan sebagainya) atas sebarang kecuaian yang dialami. Kecuaian dari segi undang-undang bermaksud terdapat keingkaran terhadap kewajipan seseorang kepada individu yang lain, seterusnya menyebabkan kerugian atau kecederaan kepada individu tersebut.

Kecuaian perubatan termasuklah kecuaian melibatkan pembedahan, ubat-ubatan, diagnosis, penangguhan rawatan (delay in treatment), rawatan psikiatri, pergigian, dan kelahiran (childbirth). Ia boleh juga melibatkan rawatan yang sepatutnya tidak diberi ( things that have not been done) atau kegagalan untuk memberitahu risiko-risiko rawatan yang dicadangkan.

Kecuaian perubatan jatuh di dalam bidang tort dan mempunyai 4 elemen utama, yakni:

Pertama, “kewajipan berjaga-jaga” (duty of care). Setiap professional perubatan (medical professionals) mempunyai kewajipan untuk memastikan pesakit mendapat rawatan yang wajar dan mengikut piawaian yang diterima oleh sebuah badan perubatan yang diiktiraf di dalam kepakaran yang berkenaan (responsible group of professionals).

Kedua, “keingkaran kewajipan” ( breach of duty). Ini berlaku apabila sesuatu rawatan yang diberi atau tidak diberi adalah di bawah tahap yang diharapkan oleh seorang doktor dan tidak mencapai piawaian (standard) yang boleh diterima oleh suatu badan perubatan yang diiktiraf.

Ketiga, “penyebab” (causation). Selain daripada membuktikan terdapat keingkaran kewajipan, penuntut (claimant) juga perlu membuktikan bahawa tindakan doktor tersebut mempunyai kaitan secara langsung (direct cause) dengan kecederaan atau kerugian yang dialami penuntut.

Keempat, “kerugian/kecederaan” (damages). Setelah penuntut berjaya membuktikan terdapat keingkaran kewajipan dan keingkaran tersebut menyebabkan kecederaan, penuntut haruslah mengesahkan bahawa beliau mengalami kerugian/kecederaan di mana tuntutan boleh dilaksanakan. Kerugian termasuklah kecederaan fizikal, kerugian kewangan seperti kerugian pendapatan (loss of earning) dan kecederaan mental seperti post-traumatic stress disorder, anxiety disorder atau adjustment disorder.

Dari segi gantirugi, mahkamah akan memutuskan atas dasar memulangkan kembali keadaan asal penuntut jika kecuaian tersebut tidak berlaku. Pampasan terbahagi kepada gantirugi am (general damages) dan gantirugi khas (special damages).

  • Gantirugi am ialah gantirugi yang diberi atas kecederaan fizikal atau mental termasuk pampasan terhadap kesakitan, kesengsaraan dan kesukaran kehidupan. (loss of amenity).

  • Gantirugi khas ialah setiap kerugian kewangan pada masa lalu (past earnings) dan masa hadapan (future earnings). Ini termasuklah kos perubatan, kos jagaan, dan kelengkapan perubatan.

Sebagai contoh, seorang pembantu tadbir mengalami kecuaian perubatan sehingga tangan kanannya terpaksa dipotong dan menyebabkan pesakit tidak dapat meneruskan pekerjaannya. Oleh itu, beliau mengalami kerugian dari segi pendapatan kewangan semasa beliau menerima rawatan, dan juga pendapatan pada masa hadapan kerana beliau tidak mampu untuk bekerja. Beliau juga boleh menuntut dari segi peralatan perubatan yang harus dibeli seperti tangan palsu dan juga khidmat fisioterapi & jurupulih cara kerja untuk latihan menggunakan tangan palsu tersebut. Kos rawatan susulan dan ubat-ubatan juga merupakan kerugian yang boleh dituntut.

Memulakan Tindakan Undang-undang

  • Anda perlu menyediakan segala dokumen-dokumen yang berkenaan kecederaan dan kecuaian yang dialami seperti laporan perubatan, kad temujanji, dan resit-resit bayaran.

  • Setelah dokumen-dokumen anda diteliti oleh pasukan kecuaian perubatan kami dan didapati terdapat asas untuk meneruskan tindakan undang-undang, kami akan menghubungi anda untuk tindakan selanjutnya.

  • Hubungi peguam dan penasihat perubatan kami untuk maklumat lebih lanjut.

Taking the pulse of an older patient

#medicalnegligence #kecuaianperubatan #khidmatguaman #samanhospital #samandoktor

Featured Posts
Recent Posts
bottom of page