top of page

Join the Club

Join our email list and get access to specials deals exclusive to our subscribers.

Thanks for submitting!

There's always something going on here at Natasha  & Co. Be sure to check back often to read about our personal and professional endeavors.

Wajib buat Inspection ke kalau beli rumah SUBSALE?


Anda bercadang untuk membeli sebuah rumah subsale @ rumah secondhand, tetapi apa yang harus anda lakukan? Perkara yang perlu diambil berat adalah Inspection Rumah. Perlu ke?Wajib ke? Ianya tidak wajib tetapi kami berharap agar anda lakukannya untuk mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari.


Kenapa kami kata inspection rumah tersebut adalah perlu? Ini kerana kita harus meneliti keadaan rumah tersebut. Jika ada sebarang kerosakan atau apa-apa sahaja yang anda rasa perlu pembaikan, semua itu harus disertakan di dalam booking form. Mesti anda tertanya-tanya, kenapa perlu diletakkan benda tersebut? Haaa di sini tugas peguam anda akan dilaksanakan. Mereka akan masukkan klausa-klausa yang berkaitan yang akan mengikat kedua-dua belah pihak mahupun dari pihak penjual dan juga pembeli. Ini juga boleh melindungi hak pembeli dan juga penjual dari sudut undang-undang.





Jika segala urusan berjalan lancar, sampailah ke proses penyerahan kunci, pembeli berhak untuk semak semula apa yang telah dijanjikan dalam proses jual beli tersebut. Insyallah, jika semua term yang telah dijanjikan dapat ditunaikan dengan baik, maka proses tersebut akan berjalan dengan lancar.


Kami berharap agar info yang dikongsi ini dapat membantu sedikit sebanyak tentang topik ini. Pihak Natasha&Co juga ada menyediakan servis bagi urusan tersebut. Jika anda masih ragu-ragu atau kurang faham, berhubunglah dengan kami dan kami amat gembira untuk membantu anda bagi mendapatkan rumah idaman anda.


Featured Posts
Recent Posts
bottom of page