top of page

Join the Club

Join our email list and get access to specials deals exclusive to our subscribers.

Thanks for submitting!

There's always something going on here at Natasha  & Co. Be sure to check back often to read about our personal and professional endeavors.

Duti Setem Pindahmilik. Apa tu?

Anda mahu membeli hartanah?Atau sebarang kebun @ dusun yang sedia ada di Malaysia? Namun adakah anda tahu akan proses duti setem pindah milik??


Majoriti di kalangan bakal pembeli atau rakyat Malaysia kurang arif berhubung isu duti setem pindahmilik. Jika kita ingin memiliki hartanah , seharusnya kita harus faham dahulu akan proses-proses yang perlu dilaksanakan sebelum kita boleh memiliki tanah tersebut, Saya akan cuba ringkas dan memberi sedikit sebanyak maklumat untuk membantu bakal-bakal pembeli hartanah di luar sana.





Bagi proses jual beli hartanah, pembeli harus melalui suatu proses penyeteman surat cara sama da borang 14A atau deed of assignment di LHDN. Bagi proses ini LHDN akan menilai hartanah anda mengikut nilaian yg paling tinggi.


Dalam borang 14 atau deed of assignment harga yang dibeli adalah rm500k tetapi nilaian yang sebenar adalah rm600k jadi LHDN akan mengambil nilai yang paling tinggi untuk dikira sebagai duti setem namun jika nilaian LHDN adalah kurang 500k maka nilai rm500k yg akan dinilai.


Contoh :


Tanah A : Owner A nak jual hartanah kepada B sebanyak RM 500,000.00 . Tetapi nilai sebenar adalah sebanyak RM 600,000.00 . Pihak LHDN akan menilai hartanah tersebut pada harga nilaian sebanyak RM 600,000.00


Tanah B : Owner B nak jual hartanah kepada C sebanyak RM 500,000.00 . Tetapi nilai sebenar adalah kurang daripada RM 500,000.00 . Pihak LHDN akan menilai hartanah tersebut pada harga nilaian sebanyak RM 500,000.00





Tahukah anda bahawa sekarang ini terdapat pengecualian duti setem dari pihak LHDN? Oppss, jangan terburu - buru, ada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak LHDN untuk menikmati diskaun ini. Mungkin tahun ini tahun bertuah anda untuk memiliki hartanah??


Jika anda ingin memiliki sebidang hartanah untuk apa jua tujuan samada dikormesilkan atau untuk dijadikan sebagai harta, atau apa jua tujuan anda, berhubunglah dengan barisan peguam anda jika anda ragu-ragu atau kurang faham dengan proses jual beli hartanah. Jika anda belum melantik panel peguam, anda boleh hubungi kami di Natasha & Co dan kami amat gembira untuk membantu anda.


Nasihat saya, jangan buat sebarang urusan pembelian hartanah secara sendiri tanpa melantik barisan peguam untuk mewakili anda. Prosesnya agak rumit dan biar lah peguam anda menyelesaikannya dan anda hanya perlu tunggu sahaja proses tersebut selesai. Saya doakan semoga anda semua sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki oleh ALLAH S.W.T agar satu hari nanti anda dapat memiliki hartanah yang diidamkan.






Featured Posts
Recent Posts
bottom of page