top of page

Join the Club

Join our email list and get access to specials deals exclusive to our subscribers.

Thanks for submitting!

There's always something going on here at Natasha  & Co. Be sure to check back often to read about our personal and professional endeavors.

Apakah Makna Sebenar Tanah Rizab Melayu?

Jika nak bercerita tentang Tanah Rizab Melayu ni, memang tersangatlah panjang. Supaya tak memeningkan anda, hari ni kami akan kongsikan semua maklumat penting perlu anda tahu mengenai Tanah Rizab Melayu.




Terdapat dua objektif utama kenapa Tanah Rizab Melayu diperkenalkan, iaitu:

i) Menyekat tanah kerajaan di dalam kawasan Rizab Melayu daripada dilupuskan dengan apa cara jua pun kepada bukan Melayu.

ii) Menyekat tanah Pegangan Melayu atau Tanah Rizab Melayu daripada dibuat apa-apa urus niaga persendirian (private dealings) di antara Melayu dan bukan Melayu.

Berdasarkan dua objektif itu, ia mengharapkan supaya tanah kepunyaan Melayu akan berkekalan sebagai hak orang Melayu sampai bila-bila.


TRM (Tanah Rizab Melayu )merupakan lambang keistimewaan orang Melayu yang mana ianya dilindungi oleh ERM yang menyatakan ia tak boleh disewa, dipajak, digadai atau dipindah milik kepada orang bukan bangsa Melayu. Mana-mana kawasan yang dah diisytiharkan sebagai Rizab Melayu hendaklah kekal sebagai Rizab Melayu melainkan ianya diisytiharkan dan diwartakan sebagai batal oleh pihak yang berkenaan.

Seperti tanah-tanah yang lain, TRM akan menyatakan Tanah Rizab Melayu di atas gerannya dan bagaimana tanah boleh digunakan juga akan tertulis di situ.







Kalau ikutkan sejarah dan ERM (enakmen rizab melayu) yang diperkenalkan tadi, Tanah Rizab Melayu hanyalah untuk orang Melayu Islam di seluruh Malaysia saja.

Jadi, kalau anda layak dan ingin membeli TRM (tanah rizab melayu), anda hanya perlu mengikut proses pembelian hartanah yang biasa.

Yang penting, selidik dulu latar belakang tanah yang nak dibeli dengan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) di negeri-negeri yang berkenaan supaya anda tak tertipu atau tersalah beli tanah.

Selain tu, kenalah dapatkan khidmat ejen hartanah dan peguam yang berkelayakan untuk membantu anda dalam proses menjual dan membeli tanah atau rumah, tak kiralah apa saja statusnya.

Begitulah kisahnya tentang Tanah Rizab Melayu. Nasihat kami kepada anda yang sedang mencari atau ingin membina kediaman, pastikan anda ambil tahu tentang tanah yang ingin dibangunkan itu.

Sangatlah penting untuk anda kenali jenis hakmilik tanah supaya anda tak membuang duit dan terpaksa berhadapan dengan cabaran atau risiko undang-undang di kemudian hari.

Nanti tak pasal-pasal, rumah entah ke mana, duit semua hangus dan anda berputih mata saja!


Natasha & Co

Advocates & Solicitors I Peguambela & Peguamcara

Featured Posts
Recent Posts
bottom of page