top of page

Join the Club

Join our email list and get access to specials deals exclusive to our subscribers.

Thanks for submitting!

There's always something going on here at Natasha  & Co. Be sure to check back often to read about our personal and professional endeavors.

Terima SMS dari mahkamah. Disaman kerana berhutang? Apa yang perlu anda lakukan.

Hmm.. mungkin anda pernah dengar seperti tajuk di atas. Seringkali kita terbaca di media social mahu pun di kalangan kawan-kawan kita yang seringkali terima satu tuntutan mahkamah dalam bentuk SMS. Persoalannya, bolehkah Mahkamah menghantar SMS kepada kita jika terdapat satu tuntutan?



Perlu diingatkan bahawa, sebarang tuntutan tidak akan berlaku jika tiada sebarang tindakan saman dilakukan oleh seseorang terhadap anda melalui mahkamah. Jika anda yakin tidak mempunyai sebarang masalah dengan orang lain, atau anda ragu-ragu dan berfikir kenapa mahkamah menghantar SMS kepada anda untuk hadir ke mahkamah, maka anda perlu ingat, ini adalah taktik SCAMMER semata-mata. Untuk makluman anda semua, jika terdapat urusan rasmi mahkamah, segala urusan akan dilakukan dengan menggunakan surat pos berdaftar atau sebagainya, bukan SMS.


Tetapi, macam mana jikalau SMS itu benar?

Seperti yang telah diterangkan di atas, itu adalah taktik SCAMMER semata-mata. Bagaimana taktik ini beroperasi, Insyallah kita akan terangkan di masa hadapan. Namun berbalik kepada soalan @ tajuk kita, mohon diingatkan agar lupakan SMS yang di terima itu. Dan, jika anda masih ragu-ragu, anda boleh membuat semakan @ panggilan ke Mahkamah yang disebutkan di dalam SMS tersebut.


"Sebagai contoh, Abu dapat SMS yang mengatakan dia perlu ke mahkamah untuk 1 tuntutan.adakah Sms ni valid?"


Ok, bagi situasi di atas, Kebarangkalian bahawa SMS yang diterima oleh Abu merupakan suatu penipuan (scam) adalah amat tinggi. Jika terdapat suatu tuntutan terhadap Abu, ia selalunya akan dimulakan dengan suatu saman di mahkamah.

Sebagai contoh, Abu berhutang dengan Kumar sebanyak RM 50,000.00 dan Kumar ingin menuntut jumlah tersebut daripada Abu.

Kumar, melalui peguamnya akan memulakan satu saman dan saman tersebut perlu disampaikan kepada Abu secara kediri.

Jadi, Abu sepatutnya akan terima suatu dokumen yang mengandungi saman dan tuntutan yang telah diperincikan oleh Kumar.

Saman tersebut juga akan menyatakan tarikh dan masa yang Abu perlu hadir ke Mahkamah. Maka, ini merupakan cara yang betul untuk dimaklumkan jika terdapat tuntutan di Mahkamah, bukannya melalui SMS.


Semoga perkongsian kali ini memberi sedikit manfaat kepada anda semua.


Natasha & Co

Advocates & Solicitors I Peguambela & Peguamcara

Featured Posts
Recent Posts
bottom of page